Thursday, March 28, 2013

Ada juga ahli ISMA yang rasional cara fikirnya..




Persamaan Strategi Tentera SULU dan Calun ke3 PRU

Kisah serangan tentera SULU kini sudah masuk ke fasa pendakwaan di mahkamah, selepas 10 kematian pada pihak keselamatan Malaysia dan lebih banyak kematian pada pihak tentera SULU.

Sebenarnya semua orang bersetuju bahawa pertempuran ini umpama semut dilanyak oleh gajah. Persoalannya benarkah si semut ini mahu mencabar gajah? Jika benar, maka lihatlah kesan kemusnahannya. Sebenarnya tidak masuk akal, malah ianya pada tahap 'kebodohan' yang terlampau bila tentera SULU ini mahu menuntut Sabah melalui senjata. Anak-anak tadika juga bersetuju dan membenarkan kebodohan mereka itu.

Bagaimana pula si semut yang menamakan diri mereka sebagai calun bebas/berparti ( calun ke3)?.Mereka umpama semut untuk melawan gajah didalam PRU ke13 nanti. Kemampuan dan strategi  mereka tidak jauh beza dengan  tentera SULU tadi. Anggan-anggan mereka juga sama, malah mungkin mimpi yang sama. Pada masa ini mereka sedang sibuk bersedia dengan kemampuan yang terbatas sebelum parlimen dibubarkan. Malah dikatakan semua perkumpulan dan usrah ditangguh demi perbincangan persediaan pilihan raya.Calun-calun gajah sudah bersedia lama  dan sudah bersedia dengan dana besar, mereka sedang tercari-cari dana dan mungkin sedang membelek barang kemas untuk 'dijihadkan'. Mungkin tidak sesuai dipinjam istilah 'kebodohan terlampau tentera sulu tadi' kepada calun ke3 ini, tetapi khalayak terus menilai.

Mereka  sibuk dengan kerja yang bukan kerja sebenar mereka. Kerja sebenar mereka ialah terjun kedalam masyarakat  yang berada dalam kancah kekeliruan tentang Islam, yang tenat akhlak anak-anak mudanya, amalan dan kefahaman Islam yang masih ditahap minima walau setelah lebih 40tahun wujudnya harakah Islam di Malaysia. Mereka tidak BERDAKWAH SECARA FITRAH seperti dahulu, tetapi terus melompat untuk membetulkan puncak iaitu berpolituk.

Memang benar Islam itu syumul dan politik itu sebahagian dari medan dakwah, tetapi umpama belum duduk betul, mereka tidak sabar mahu berlunjur.Kelak akan terjelepuk dan mungkin ditertawakan. YANG DIKENDUNG BERCICIRAN, YANG DIKEJAR TIDAK DAPAT.

http://bioibadah.blogspot.com/2013/03/persamaan-strategi-tentera-sulu-dan.html